Luar Negara

Covid-19: 61,500 kes baharu di India dalam tempoh 24 jam

DALAM tempoh 24 jam lalu, India merekodkan 61,537 kes baharu dan 933 kematian akibat Covid-19.

Kementerian Kesihatan India melaporkan, jumlah jangkitan Covid-19 di negara itu terus meningkat kepada 2,088,611 kes, dengan jumlah kematian sebanyak 42,518.

Agensi Xinhua melaporkan, ia adalah hari kesembilan berturut-turut apabila kes harian baharu mencatat lebih 50,000 kes.

Sehingga kini, sebanyak 619,088 kes aktif sedang menerima rawatan di seluruh negara itu dan sebanyak 1,427,005 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Kenaikan kes baharu Covid-19 disebabkan peningkatan pengambilan ujian di negara itu.

Melalui ciapan Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR), badan itu mengesahkan sebanyak 23,387,171 sampel Covid-19 diuji, termasuk pada Sabtu sahaja sebanyak 598,778 sampel diuji. – ASTRO AWANI – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button