Politik
Trending

Conteng mural: MB Selangor nafi ada agenda politik

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan wujud agenda atau cubaan untuk memburukkan parti politik tertentu berhubung isu contengan mural di Shah Alam.

Dakwaan sedemikian timbul susulan gambar yang diconteng terdiri daripada pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN).

Katanya, dakwaan mengatakan parti politik tertentu sama ada Pakatan Harapan (PH) ataupun PN hanyalah satu persepsi.

“Itu hanya persepsi yang dibuat untuk menyalahkan orang lain.

“Kami cukup serius, semua pemimpin peringkat politik dan nasional dalam PH ataupun parti lain menunjukkan komitmen yang sama serta mengecam tindakan itu.

Related Articles
BACA > RM2 juta subsidi lesen, latihan e-hailing belia Selangor — Suara Merdeka

“Semalam saya mengecam dengan keras tindakan itu, kerana tidak bertamadun dan tidak mencerminkan adab tatasusila masyarakat.”

Demikian kata Amirudin kepada wartawan dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Inisiatif Roda Darul Ehsan Selangor (RiDE) di Banguan SUK, Shah Alam hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mula melakukan siasatan.

Ini susulan, terdapat rakaman kamera litar tertutup memaparkan contengan pada mural di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 itu dilakukan oleh dua orang wanita.

“Pihak MBSA sudah ambil tindakan yang serius.

“Saya difahamkan ada CCTV dekat kawasan itu dan kita benarkan pihak polis untuk membuat siasatan.

“Pihak berkuasa akan mengenalpasti pihak yang melakukan kegiatan vandalisme itu,” ujarnya.

MURAL

BACA > Pencemar mural Agong dilakukan dua wanita? — Suara Merdeka

Semalam, Suara Merdeka melaporkan contengan mural itu dilakukan oleh dua orang dipercayai wanita.

Ia diketahui susulan kamera CCTV yang berada disana berjaya merakam kegiatan vandalisme itu.

Dalam pada itu beliau juga memaklumkan pelukis yang melukis mural sebelum itu mencari lokasi lain lebih sesuai.

Menurutnya, lokasi dipilih haruslah bersesuaian dan aktiviti tidak bertamadun sedemikian tidak boleh berlaku lagi.

“Mereka harus cari tempat yang sesuai untuk melukis. Kita pun hendak mencari tempat yang sesuai.

“Ia bukan kali pertama lorong belakang kedai dilukis dengan mural.

“Malah kita negeri pertama ada (ruang melukis) di Laman Seni Seksyen 2 dan Laman Seni Seksyen 7. Kita bagi ruang untuk ekspresi,” katanya.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kemurkaan terhadap vandalisme tersebut.

BACA > Sultan Selangor titah pencemar mural Agong ditangkap segera — Suara Merdeka

Hal demikian gambar yang diconteng melibatkan figura pemimpin negara seperti Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button