NegeriRencah Hidup

“Clay Art” pelajar istimewa SK Kuala Perlis rentasi sempadan

SIAPA sangka dalam sebuah sekolah di pinggir bandar, ada sekelompok insan istimewa tekun menghasilkan kraf tangan yang unik dan luar biasa.

Lebih membanggakan Clay Art yang dihasilkan oleh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis dikatakan telah merentasi sempadan negara sehingga ke ke Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Pelajar sibuk mencanai doh atas kertas draf sambil diawasi guru.

Di sebalik tabir sehingga membolehkan pelajar ini mencipta kraf ini adalah dari inspirasi dan kreativiti Guru Kraf sekolah ini, Zurainie Md Jas.

Ini diakui oleh Penolong Kanan (PK) Pendidikan Khas, Suhana Ishak semasa ditemubual oleh Suara Merdeka.

Cerita Zuraine, beliau beberapa kali membuat percubaan sehingga akhirnya dengan menemui dengan dua bahan saja iaitu tepung jagung dan gam putih adalah doh terbaik bagi menghasilkan kraf.

Ini antara hasilan kraf pelajar PPKI SK Kuala Perlis

Katanya, pada mulanya beliau menggunakan batu untuk dilukis pelajar tetapi sukar bagi mendapatkan saiz yang spesifik dan kemudian mencuba pula doh dari simen pun tak sesuai kerana agak berat.

Bagaimanapun katanya, doh dari tepung jagung dan gam putih bukan sahaja ringan malah tahan lasak dan tidak patah sekalipun dihempas atau dibaling dengan kuat.

Beliau berkata, sejak 2016 kraf berasaskan dua bahan ini telah mula dihasilkan oleh pelajar.

“Seorang pelajar akan ditugaskan untuk menghasilkan doh dengan sukatan air secukupnya,” kata Zuraine.

Selepas itu pelajar akan mencanai doh ini di atas draf lukisan yang disediakan sebagai langkah asas bagi memudahkan pelajar.

“Biasanya pelajar baharu masuk ke kelas ini belajar mencanai menggunakan tanah liat dan biasanya selepas setahun baharu mereka mahir dan dibenarkan guna doh sebenar,” kata Zuraine.

Biasanya doh yang siap dicanai perlu dibiarkan pada suhu bilik selama 24 jam untuk mengeras dengan elok.

Antara kraf yang dihasilkan sebelum diletakkan pada lukisan kolaj.

Katanya, pelajar akan mula mewarna dan melukis di atas doh berkenaan.

Kraf dari doh ini digunakan bagi lukisan kolaj (teknik tampalan), kanvas kolaj, rantai kunci, magnet peti ais, pengantung kunci dan sebagainya.

“Kraf yang dihasilkan sini dijual bermula dari harga serendah RM3 dan kita menerima tempahan mengikut apa yang diminta oleh pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Suhana berkata,
pada tahun ini sebanyak 14 pelajar PPKI yang terlibat iaitu tujuh dari Kelas Delta dan tujuh dari kelas Omega.

“Bagi penghasilan kraf ini, kesemua pelajar ini dibahagi mengikut kemahiran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia kali ini juga, pelajar sibuk menghasilkan kraf bertemakan sambutan ini.

Pelajar PPKI tekun melakukan tugas mengikut kemahiran masing-masing.

Suhana berkata, pihaknya juga mendapat undangan untuk terlibat dalam pameran seperti tahun lalu anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis di Dewan 2020 dan terbaharu anjuran MPK di Dataran 350 baru-baru ini di mana jualan kraf mendapat sambutan baik.

“Kita bersedia menerima tempahan mengikut kehendak pelanggan dan jika berminat boleh hubungi 019 4791303 atau 013 5151444 atau membeli di shopee https://shp.ee/9cif543. – SM

BACA Usah spekulasi letupan luar pagar SK Padang Besar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button