HiburanLuar Negara

Cipta sejarah, Sofia Jirau model down syndrome pertama Victoria’s Secret

IMPIAN seorang gadis down syndrome menjadi kenyataan apabila dipilih bersama 17 model lain untuk menyertai kempen terbaharu Victoria Secret.

Sofia Jirau berasal dari Puerto Rico telah mencipta sejarah sebagai model pertama Victoria’s Secret yang merupakan seorang pesakit down syndrome.

Sofia ditampilkan menerusi kempen ‘Love Cloud’ yang turut disertai oleh model terkenal termasuk Hailey Bieber, Adut Akech, Valentina Sampaio dan Paloma Elsesser.

“Saya tidak menyangka impian saya selama ini sudah menjadi kenyataan. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap apa yang saya lakukan.

“Terima kasih kerana telah memilih saya dan ini adalah satu permulaan yang baik. Saya berpendapat ini adalah salah satu cara untuk menaikkan motivasi diri khususnya wanita,” kongsi Jirau dalam satu entri di media sosial.

Sofia, 25, memberitahu apa yang dimilikinya sekarang adalah berkat usaha dan kerja keras selain cuba membuktikan bahawa kekurangan diri bukan penghalang untuk seseorang berjaya.

Wanita berdarah Latin ini sebenarnya sudah bergiat aktif sebagai model fesyen sejak 2019 dan pernah terlibat sebagai peragawati untuk pelbagai jenama antarabangsa.

Sofia juga memiliki jenama dalam talian yang dipanggil Alaverrt serta pernah menyertai Minggu Fesyen New York pada 2020. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button