Sukan

Christian Pulisic sasar Chelsea bangkit pada pertembungan dengan Manchester United

Christian Pulisic mensasarkan pertembungan Liga Perdana Chelsea dengan Manchester United untuk kembali ke aksi.

Sejak menyertai Chelsea dari Borussia Dortmund dengan bayaran £ 58 juta Pulisic terlepas aksi sejak awal Januari akibat kecederaan di peha.

Pemain berusia 21 tahun itu kembali kem latihan pada akhir minggu lalu dan percaya dia akan menjadi pilihan ketika Chelsea menghadapi United selepas rehat musim sejuk pada hari Isnin, 17 Februari ini.

Pengurus Frank Lampard juga berharap rehat akan memberikan rehat yang cukup kepada Tammy Abraham, Mason Mount dan N’Golo Kante.

Lampard berkata selepas seri 2-2 di Leicester Sabtu: Tempoh rehat memberi ruang untuk para pemain lebih santai.

Related Articles

Bagaimanapun beliau hanya akan memutuskan tahap kecergasan Pulisic setelah dia kembali menyertai latihan.

“Dia seorang pemain yang berkualiti dan telah memberi aksi yang hebat sebelum Krismas, tetapi dia perlu bersaing dengan pemain lain untuk mendapatkan tempat,” kata Lampard.

Chelsea sebelum ini menghadapi masalah ketandusan penyerang berkualiti, tetapi masih mengharap kudrat pemain yang sedia ada setelah tidak membuat sebarang pembelian selepas pintu perpindah ditutup akhir bulan lalu. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button