Luar Negara

China kembali mulakan ‘wayang Covid-19’ seperti awal tahun 2020 yang lalu!

Negara yang dianggap maju dari kelas ketiga, China nampaknya kembali memulakan wayang Covid-19 seperti awal tahun 2020 yang lalu.

Jika di Facebook, mana-mana video atau perkongsian yang menimbulkan kegusaran awam mengenai Covid-19 pasti akan diturunkan secara automatik.

Namun berbeza dengan di TikTok, aplikasi itu seperti belum belajar untuk menyaring kandungan yang bersifat drama ‘Made in China’.

Di TikTok, puluhan video dari negara itu yang memaparkan visual petugas kesihatan mengepung rakyatnya tak ubah seperti zombi.

Bagi yang meneliti objektif tersirat, ia berjaya menimbulkan kepanikan dan seluruh negara akan mengeluarkan amaran tentang bahaya Covid-19.

Jika diingati semula, rakyat di negara lain juga ada yang disahkan dijangkiti Covid-19 namun visual seperti sakit dada atau sesak nafas sampai terduduk atau terbaring tidaklah begitu berlaku.

Timbul persoalan, apakah bisnes vaksinasi akan jadi lebih besar kerana pengguna yang disasarkan sudah ada dan penjual tidak perlu susah-susah untuk mencari data pembeli baharu.

Cukup menggunakan data sedia ada, sesiapa yang sudah menerima suntikan kedua dan ketiga, perlu terima suntikan keempat sehingga kelapan jika tidak mahu mati akibat Covid-19!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button