Mahkamah

Chefwan diarah bayar saman RM150,000 pada bekas suami Serina kerana fitnah

Mahkamah rayuan hari ini memerintahkan chef selebriti terkenal iaitu, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan diarah membayar sebanyak RM150,000 terhadap bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh kerana penerbitan berunsur fitnah di media sosial.

Menurut laporan Bernama, panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong, membenarkan rayuan O’Luanaigh untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat oleh chef itu tidak memfitnah O’Luanaigh.

Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Azizah memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O’Luanaigh dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Difahamkan, beliau juga memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah bekas menantunya.

Beliau juga memerintahkan Chef Wan membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Related Articles

Ketika menyampaikan alasan penghakiman, Hakim Kian Kheong berkata, mahkamah mendapati bahawa hantaran dalam laman sosial Instagram dan Facebook oleh Chef Wan telah memfitnah O’Luanaigh.

Beliau juga berkata, chef itu telah melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap O’Luanaigh.

Sekadar info, O’Luanaigh yang merupakan seorang warganegara British memeluk Islam pada 20 November 2006 dan menggunakan nama Salahudin Ghafffar.

Beliau berkahwin dengan anak Chef Wan, pelakon Serina Redzuawan pada 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2017.

Dia memfailkan saman itu pada Februari 2021 dengan mendakwa bahawa lapan hantaran media sosial oleh bekas bapa mentuanya mengenai dia dan isterinya sekarang dan memfitnah mereka.

Dalam pernyataan pembelaannya, Chef Wan berkata, kenyataan yang disiarkan dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat jahat.

Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebahagiannya membenarkan tuntutan O’Luanaigh untuk injunksi bagi menghalang bekas bapa mentuanya daripada menerbitkan sebarang dakwaan libel dan palsu terhadapnya.

Hakim, Rozi Bainon turut memerintahkan Chef Wan menurunkan kelapan-lapan hantaran berkenaan yang menjadi subjek dalam tuntutan saman fitnah tersebut.

Hakim bagaimanapun, berpendapat bahawa kenyataan yang disangkal itu tidak memfitnah O’Luanaigh dan tidak diterbitkan dengan niat jahat.

O’Luanaigh diwakili peguam Nur Khidmah Huzaisham dan Nur Dalilah Zainol Abidin manakala Datuk M. Reza Hassan mewakili Chef Wan.

Artikle Berkaitan :>

Chef Wan disiasat kerana isu 3R

Bekas menantu nak saman Chef Wan RM1 juta

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button