Hiburan

Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma

SELEBRITI Chef, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan, beliau disahkan menghidap kanser limfoma.

Dalam catatan di akaun Instagram (IG)nya semalam, Chef Wan, 65, berkata, doktor memaklumkan, beliau menghidap kanser limfoma berikutan biopsi nodus limfanya.

“Mereka terpaksa menjalankan biopsi sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan yang mereka perolehi. Saya memang menghidap kanser limfoma,” katanya.

Katanya lagi, beliau kemudian diminta berjumpa pakar onkologi, Dr Jay Suriar dengan segera yang menjelaskan semua langkah yang perlu diambilnya.

“Perkara pertama adalah menjalani imbasan PET untuk melihat sama ada kanser telah merebak ke bahagian lain organ saya dan akhirnya menentukan tahap mana ia berada.

Related Articles

“Pagi Isnin depan, saya juga akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan sumsum tulang,” katanya sambil menambah, beliau perlu menjalani 13 pusingan kimoterapi.

Chef Wan juga berkata, kemungkinan beliau sembuh adalah antara 70% dan 80% kerana kanser dikesan agak awal.

“Adalah lebih baik untuk mengetahui perkara ini pada peringkat awal daripada apabila sudah terlambat.

“Inilah kehidupan. Anda hanya perlu mengambil perkara satu hari pada satu masa dan dengan cara yang positif,” katanya. – SM

BACA “Cuba Tidak Menitiskan Air Mata.. Tengok Saiz Ketumbuhan Mak Saya,” – Chef Wan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button