Nasional

CEO AirAsia X jadi penunggang penghantar makanan

SAMA ada untuk mendapatkan ‘pendapatan’ tambahan atau sekadar memestikan masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisi dengan perkara bermanfaat, tidak ada siapa yang tahu. Tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Benyamin Ismail kini sanggup menjadi penghantar makanan.

Sejak dunia dilanda wabak Covid-19, banyak perniagaan tutup atau menghentikan operasi buat sementara.

Kalau di United Kingdom ada juruterbang yang menjadi penghantar barang untuk Tesco dan sebagainya.

Di Malaysia sendiri ramai juga yang bertukar kerjaya menjadi penghantar makanan sama ada dengan menjadi penunggang untuk syarikat penghantar makanan, atau memberikan perkhidmatan kepada restoran-restoran tertentu.

Lagi pula, akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, bahawa banyak pihak yang terjejas. Restoran tidak ada pelanggan dan orang ramai memerlukan makanan.

Maka, para penunggang inilah yang menjadi pengantara untuk memastikan makanan itu sampai kepada pelanggan.

Para penunggang ini juga boleh dianggap sebagai barisan hadapan ketika krisis Covid-19 selain doktor, jururawat, polis dan tentera.

Penunggang penghantar makanan turut berjasa kepada semua terutama lebih-lebih lagi ketika PKP dilaksanakan di seluruh negara.

Sudah tentu, majoriti melalukannya sebagai pekerjaan sementara, bagi mengisi masa ketika PKP disamping membantu menjana sedikit pendapatan tambahan.

Begitu juga dengan langkah yang diambil oleh CEO AirAsia X ini, mungkin lebih kepada untuk memberikan khidmat kepada masyarakat disamping mengisi masa sementara di bawah PKP ini.

Dalam kes Benyamin, beliau dikatakan cuba untuk menjadi penghantar makana kepada restoran Santan

Difahamkan, CEO AirAsia X Benyamin Ismail telah cuba untuk menjadi penghantar makanan untuk restoran Santan. Perkara tersebut telah dikongsikan di laman Instagram restoran Santan.

Berdasarkan keterangan pada Instagram Santan.Asean, Benyamin tampil secara sukarela untuk menghantar makanan Santan yang enak kepada rakyat negara ini yang kini kena duduk dalam rumah ekoran PKP.

Ia juga tanda semangat bersatu-padu dan kebersamaan dalam tempoh sukar ini.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button