Berita

CENTHRA laporkan dua isu penting, penjara Malaysia dan orang tanpa kerakyatan Malaysia

Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) mengumumkan dua penyerahan laporan pemegang taruh untuk kitaran ke-4, isu penting ini adalah reformasi penjara dan isu orang tanpa kerakyatan di Malaysia.

Mengenai reformasi penjara, CENTHRA telah mengetengahkan isu kesesakan di penjara di
Malaysia dan keperluan bagi langkah yang berkesan untuk menangani peningkatan bilangan banduan dan menambah baik taraf kemudahan fasiliti penjara yang semakin merosot.

Penjara Malaysia semakin sesak

CENTHRA mengiktiraf usaha terpuji yang dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia serta mencadangkan langkah selanjutnya yang diperlukan bagi memastikan hak dan kesejahteraan banduan, termasuk akses kepada pengajaran dan pendidikan agama, perwakilan undang-undang yang mencukupi dan keadaan penahanan yang lebih baik.

“Mengenai isu orang tanpa kerakyatan di Malaysia, CENTHRA menggariskan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak tanpa kerakyatan yang dinafikan hak mereka untuk pendidikan, akses kepada penjagaan kesihatan dan undang-undang perlindungan. Kami menekankan kepentingan peranan masyarakat inklusif ke arah pembangunan mampan selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) 1989.

“Laporan kami menggesa penubuhan satu Pasukan Bertindak Khas untuk menangani isu individu tanpa kerakyatan, menyemak semula dasar kewarganegaraan untuk memastikan akses yang sama kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan perlindungan undang-undang untuk mereka.

“Laporan kami turut menyediakan cadangan komprehensif untuk menangani isu yang dikenal pasti demi mempertingkatkan hak asasi manusia di Malaysia.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

CENTHRA juga turut menyeru pihak berkuasa berkaitan untuk mengukuhkan mekanisme pemantauan, menambah baik syarat penahanan, meningkatkan perwakilan undang-undang, menggubal undang-undang yang diperlukan dan menyepadukan program pendidikan holistik di penjara dan kemudahan pemulihan. Kerajaan perlu segera menubuhkan Pasukan Bertindak Khas untuk menangani masalah individu tanpa kerakyatan untuk melindungi hak asasi mereka.

CENTHRA kekal komited untuk melibatkan diri dengan semua pihak berkepentingan dan bekerja secara kolaboratif ke arah promosi dan perlindungan hak asasi manusia di Malaysia. Kami berharap agar laporan kami akan menyumbang ke yang arah perbincangan atau dialog bermakna serta perubahan positif demi mengangkat nilai hak asasi manusia di Malaysia.

Artikle Berkaitan;>

Centhra menyeru sokongan berterusan untuk pelarian

CENTHRA pastikan data yang tepat jadi advokasi NGO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button