CDCS Sarankan Pengguna Ketahui Model Telefon Pintar Sebelum Whatsapp Henti Operasi
Bermula 1 Januari 2021, beberapa model telefon pintar dijangka akan kehilangan fungsi untuk menggunakan Whatsapp.
Antara model telefon pintar yang terjejas merangkumi HTC Desire, LG Optimus Black, Motorola Droid Razr serta beberapa model lama yang dihentikan pengeluarannya.
Pengarah Kanan Pusat Media Digital, Keselamatan Siber dan Komunikasi, Datuk Amilizan Mazlan berkata, penguna aplikasi tersebut di Malaysia perlu mengambil langkah proaktif.
“Tujuannya adalah untuk mengelakkan pengguna Whatsapp kehilangan data secara automatik sekiranya gagal membuat salinan data.
“Sehubungan itu, pengguna harus membuat semakan ke atas model telefon pintar masing-masing pada bahagian tetapan,” katanya.
Amilizan berkata demikian mengulas kenyataan Whatsapp yang akan menamatkan fungsinya ke atas beberapa model telefon pintar.
Selain telefon pintar android, pengguna iPhone 4 dan model terawal keluarannya akan menerima pengalaman yang serupa.
“Pengguna iPhone 4S, 5, 5S, 6 dan 6S masih boleh menggunakan Whatsapp namun perlulah melakukan kemas kini sebelum pukul 11.59 malam 31 Disember 2020.
“Kemas kini perlu dilakukan bagi membolehkan mengguna iPhone mendapatkan versi iOS 14 dan tidak berdepan dengan masalah kemudian hari,” katanya.
Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan peranti telefon pintar dan melakukan kemas kini dengan kadar segera :
iPHONE:
Setting > General > About (to find out the iOS version)
Tetapan > Umum > Mengenai Telefon
ANDROID:
Settings > About Phone (to find out the version which is probably at the end of section)
Tetapan > Pengurusan Sistem > Mengenai Telefon > Versi Android