Caprice buat ‘live IG’ bersama penyanyi Israel, mohon peminat jangan ‘maki hamun’
SELAIN terkenal dalam dunia seni, Penyanyi, Caprice sebelum ini juga dikenali sebagai individu yang selalu memberi pendapatnya secara terbuka berkenaan isu-isu semasa.
Terbaharu, Caprice memberitahu yang dia akan membuat satu sesi live di Instagram dan menjemput seorang selebriti dari Israel untuk bersamanya.
“Live tersebut akan bermula pukul 10 malam ini bersama dengan pelakon dan ‘TikTok Influencer’ yang pernah tular di Israel iaitu Shiraz.
“Dari live sebelum ini lagi Caprice saya rancang berkenaan idea untuk mengajak orang Israel. InsyaAllah, dengan cara ini orang akan mula berfikir cara lain untuk selesaikan konflik di sana,” katanya.
Dalam pada itu, Caprice meminta supaya peminat yang menonton sesi live itu nanti tidak menggunakan ayat-ayat yang kasar.
Menurut Caprice, perkara itu adalah bagi mengelak pihak Instagram menyekat sesi live berkenaan.
“Yang pasti peminat-peminat Shariz akan masuk dan saya harap tiada sesiapa daripada pihak saya menggunakan kata-kata kasar.
“Kalau Instagram nampak, mungkin Instagram saya akan disekat dan kalau akaun saya kena godam lagi sekali, boleh follow akaun kedua saya @designbycaprice,” katanya.