Rencah Hidup

Tolongh jaga keselamatan, kesihatan kendiri dalam kes Covid-19 meningkat

HATI bimbang memikirkan rakan sekeluarga tinggal di salah satu unit di Pangsapuri Razakmas yang dikhabarkan juga, terdapat 16 orang yang dikhuatiri dijangkiti Covid-19.

Lebih membimbangkan apabila dikhabarkan juga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pergi ke lokasi berkenaan untuk membuat siasatan.

Mereka yang bertugas sebagai jururawat atau barisan hadapan, telah menjalani ujian swab beberapa kali dan setakat ini, keputusan ujiannya adalah negatif.

Walaupun begitu, kekhuatiran terus menguasai diri apabila ada juga rakan membawa perkhabaran, jirannya yang tinggal di satu lorong menuju ke arah rumahnya, dikhuatiri dijangkiti wabak tersebut.

Katanya, jiran tetangga yang tinggal sebaris lorong mengambil keputusan untuk menjalani ujian swab tanpa perlu tunggu esok!

Ini kerana khabarnya, ada satu kes yang menyebabkan maut dan sama ada ia sahih atau tidak, wallahhu’lam. Jaga-jaga, hati-hati dan sentiasa mengamalkan kesihatan kendiri selain daripada mematuj SOP yang ditetapkan oleh pihak penguatkuasa.

Ada juga seorang rakan memaklumkan, di pangsapuri tempat beliau tinggal, ada 11 rumah yang positif Covid-19.

Dalam keadaan hari ini, tidak salah bagi kita saling ingat mengingatkan dan pesan agar menjaga keselamatan dan kesihatan diri terutamanya kebersihan.

Jika perlu diulang sejuta kali sekalipun, basuh tangan kerap kali dengan sabun dan guna hand sanitizer serta memakai face mask apabila kita melangkah keluar dari rumah dan berada di tempat orang ramai.

Face shield juga penting dan perlu digunapakai apabila merasakan, keadaan memerlukan. Jangan diambil mudah apabila kes Covid-19 dalam negara kita apabila hari ini, catatan kes melebihi 6,800 dengan sembilan kluster tempat kerja termasuk di Kementerian Pendidikan di Kelantan.

Kes kematian juga meningkat dana jika pembaca SUARA MERDEKA rajin mengikuti laporan berita, akan tahu jumlah catatan kematian.

Sekarang, pemakaian facemask atau pelitup muka harus diperkemaskan. Jangan pakai satu facemask sebaliknya, gunakan dua atau double.

Memakai dua facemask bukan untuk menarik perhatian orang ramai tetapi demi memperkemaskan lagi pemakaian facemask yang selama ini, hanya menggunakan satu sahaja.

“Stay safe. Selalu cuci tangan,” itu pesanan rakan-rakan yang simple tetapi satu peringatan untuk kita semua agar jangan lupa, lalai atau alpa.

Kembali kepada amalan menjaga kesihatan ketika PKP kali pertama diumumkan oleh kerajaan iaitu pada 18 Mac 2020 (tahun lepas).

Semua rakyat Malaysia patuh dan akur dengan PKP dan SOP termasuk menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter apabila berada di tempat awam.

Menjaga jarak fizikal itu mengingatkan saya pengalaman, menegur seorang wanita yang tidak menjaga jarak di tempat awam ketika membeli barangan.

Teguran saya secara baik diterimanya secara negatif. Saya dijeritkannya kerana menegur dia yang tidak menjaga jarak.

Jeritannya itu saya sahut dengan berhemah sambil mengingatkannya, jangkitan wabak atau pandemik Covid-19 ini tidak mengenal siapa yang mampu menjerit paling kuat kerana Covid-19 tidak mengenal status, tidak mengenal pangkat, tidak mengenal bangsa atau warganegara.

Jadi, kalau tidak mahu ditegur, lebih baik sentiasa beringat agar mematuhi SOP dan kalau ditegur secara berhemah, terimalah dengan berlapang dada.

Kita perlu berhati-hati, berwaspada dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Paling simple, di rumah, kita boleh mengemop rumah dan semburan dengan membancuh Dettol dengan air. Rajin, selamat, jimat. – SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button