Calon Bebas jadi ‘game changer’ bukan ‘kingmaker’
CALON Bebas perlu menjadi ‘game changer’ kepada landskap politik negara dan bukan bercita-cita besar untuk menjadi ‘kingmaker’.
Calon Bebas adalah berlandaskan profesionalisme dan bukan menjadi satu komoditi yang boleh dijual beli oleh mana-mana pihak.
Aktivis pertubuhan bukan kerajaan MyKITA, Myocho Kan, berkata, jika sebelum ini calon Bebas menjadi politik katak kerana mereka bebas dan tiada sebarang jentera atau badan yang memantau mereka dan MyKITA akan menjadi pihak yang akan memantau calon yang tidak mempunyai parti ini.
“MyKITA akan menjadi jentera tersebut yang diamanahkan oleh rakyat melalui undang-undang untuk memantau dan menguruskan calon-calon Bebas ini,” katanya.
Tambahnya, calon Bebas di bawah pertubuhan MyKITA tidak boleh terlibat dalam rasuah atau komen-komen rasis dan mereka boleh dibawa ke mahkamah untuk disaman jika tidak mengikuti peraturan ini.
Menurut Myocho, sekarang ialah fasa perubahan di mana rakyat boleh mengundi calon Bebas tanpa berfikir bahawa calon tersebut berada dalam mana-mana parti.
“Saya rasa perkara ini menjadi satu perubahan yang mesti berlaku cuma tak pasti bila, tapi bagi saya perubahan ini boleh berlaku sekarang,” ujarnya.
Calon-calon Bebas yang betul-betul bebas diharapkan dapat membawa landasan integriti profesional tadbir urus dan kemajuan bersama-sama untuk negara. – SM
https://youtu.be/-qqeQCjPytQ