Nasional

Cadangan lesen memandu digital dipersetujui Kabinet

CADANGAN untuk menggunakan lesen memandu digital telah dipersetujui Kebinet, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, bagaimanapun syarat yang dikenakan adalah semua maklumat peribadi tidak diperoleh syarikat pengendali.

Katanya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini sudah merancang menukar lesen memandu yang ada, dalam bentuk digital dengan syarat semua maklumat peribadi tidak diperoleh syarikat pengendali.

“Selain itu, kos setiap lesen kurang daripada sekarang dan Kabinet setuju pada dasarnya cadangan beliau itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran ZCERT – Sistem Dokumen Kelayakan Disahkan Digital rentas sempadan di atas blok rantai Zetrix-Xinghuo di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel berkaitan > Tiada lagi diskaun saman dari JPJ – Anthony Loke

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button