Nasional

Cadang lanjut Program Jualan Keluarga hingga akhir Ramadan, bantu rakyat!!

PROGRAM Jualan Keluarga Malaysia yang bermula 2 Disember tahun lalu dan dijadualkan berakhir pada hujung bulan tahun ini dicadangkan untuk melanjutkan program tersebut sehingga akhir Ramadan.

Hal ini demikian kerana, inisiatif tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga tempatan.

Sesuai dengan tujuan program tersebut yang ingin membantu meringankan beban kos sara hidup pengguna berpendapatan rendah terutama mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan bencana banjir.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagaimanapun sedang meneliti cadangan melanjutkan program tersebut khususnya ketika musim-musim perayaan di seluruh negara.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Rosol Wahid berkata, inisiatif melanjutkan program tersebut perlu dilihat kepada bajet yang diberikan kepada kementerian itu.

Related Articles

“Bagi melaksana program ini, kita perlu ada beberapa rakan strategik yang komited, setakat ini kita ucap terima kasih kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta 196 rakan strategik” ujar beliau

Tambahnya, kementerian juga sedang mencari jalan bagi menyampaikan program tersebut ke kawasan-kawasan pedalaman. — Bernama — SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button