Luar NegaraUncategorized

Cabul lebih 300 kanak-kanak, suspek akhirnya cabut nyawa sendiri

SEORANG lelaki Perancis yang telah dituduh mencabul lebih 300 orang kanak-kanak akhirnya mencabut nyawanya sendiri sebelum dijatuhkan hukuman tembak sampai mati.

Menurut laporan Daily Mail, Francois Camille Abello, 65, itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika berada di sel tahanan di Jakarta, Indonesia pada Khamis lalu.

Jurucakap polis, Yusri Yunus berkata, Abello kemudian telah dibawa menjalani rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Jurucakap di Hospital Kebangsaan Polis di Jakarta, Umar Shahab berkata, doktor melaporkan yang lelaki tersebut mengalami patah leher dan kecederaan itu menyebabkan bekalan oksigennya tersekat.

Abello sebelum itu ditangkap bulan lalu di sebuah hotel di Jakarta dengan dua gadis bawah umur di biliknya.

Antara barangan yang dirampas di bilik Abello. – Gambar Dailymail

Ketua Polis Jakarta, Nana Sudjana memberitahu, pihaknya telah menemukan video di komputer Abello yang menunjukkan dia melakukan perbuatan seks bersama lebih 300 kanak-kanak berusia antara 10 dan 17 tahun.

“Sejak lima tahun yang lalu, dia telah beberapa kali masuk ke Indonesia dengan menggunakan visa pelancong.

“Dia akan mendekati mangsa sebelum memikat mereka dengan tawaran pekerjaan sebagai seorang model.

BACA> Bapa ‘syaitan’ lacurkan anak sendiri kepada lebih 20 pelanggan

“Orang yang bersetuju untuk melakukan hubungan seks dengannya akan dibayar antara RM70 hingga RM300.

“Mereka yang tidak mahu melakukan hubungan seks akan dipukul, ditampar dan ditendang oleh suspek,” katanya.

Abello bakal menghadapi hukuman penjara, suntikan bahan kimia atau hukuman tembak sampai mati jika disabitkan atas tuduhan berdasarkan undang-undang perlindungan anak Indonesia.

BACA> ‘Gelap’ gamatkan sidang Dewan Rakyat

Polis juga mengatakan bahawa mereka percaya Abello telah melakukan kegiatan tersebut selama bertahun-tahun dan meungkin jumlah mangsanya lebih banyak.

Sementara itu, Kedutaan Perancis di Jakarta, dihubungi enggan memberikan komen mengenai kes tersebut. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button