Ekonomi

Cabar diri jadi usahawan, harungi tangga kejayaan

MENGHARUNGI perniagaan yang diceburi, perlu tentukan apa yang dibuat itu adalah yang terbaik dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Itu antara falsafah yang dikongsi oleh Pengerusi Eksekutif KAT Technologies Sdn. Bhd., Datuk Ir. Dr. Khairol Anuar Mohamad Tawi ketika hadir sebagai tetamu Live Suara Merdeka yang dihoskan oleh moderator jemputan, Cikgu Saham (Zuraida Md Zakaria) hari ini.

Sebelum membuka tiga perniagaan, Khairol menimba pengalaman bekerja selama lebih 14 tahun dengan sebuah syarikat dengan gaji bulanan RM18,000.

Akan tetapi, beliau nekad membuat keputusan berhenti kerja dan mencabar diri untuk menjadi seorang usahawan lalu membuka tiga perniagaan.

“Pengedaran prepaid card mendapat sambutan baik pada tahun 1999 dan setahun kemudian, tahun 2000, hasil perolehan meningkat dua kali ganda 1 juta sebulan.

Related Articles

“Walaupun pada ketika itu, prepaid kad baru dilancarkan tetapi sistem pra-bayar mendapat sambutan baik,” katanya.

Beliau berkata, adalah penting jenama yang dijual itu mendapat sambutan para pengguna di samping memastikan barangan ini diperlukan.

Tugas sebagai pengedar, kata Khairol, tentunya berhasrat memastikan dua perkara iaitu dapat meningkatakan jualan jenama tadi dan keduanya, memastikan supaya pengguna sentiasa mendapat kemudahan membeli top up.

Tambah beliau, industri top up atau digital ada keistimewaan dan kad-kad dijual perlu senang beli.

“Mantera yang dikongsi bersama pekerja, kena pastikan barangan yang diserahkan ini dapat dijual pada bila-bila masa selain memberikan perkhidmatan yang baik dengan senyuman.

“Tahun 2001 hingga 2005, pengalaman saya dalam perniagaan, saya kena pastikan, buat bisnes, buat sebaik-baiknya. Keputusan dan keuntungannya akan menyusul,” katanya.

Selama 15 hingga 20 tahun berkecimpung dalam industri ini, Khairol berkata, jumlah kedai runcit berkembang dari 0 kepada 18,000 cawangan yang menjual top up.

“Ini yang menjadikan kad sebagai satu jenama, kepercayaan kepada para peniaga. Mereka tahu, kita memberikan perkhidmatan yang terbaik atau tip top. Inilah pembelajaran yang boleh saya kongsikan,” katanya.

Mengharungi perniagaan yang diceburi,  kata Khairol sekali lagi, kena tentukan, buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh untuk kejayaan jenama.

“Sekarang ini dalam teknologi sedia ada, tidak semua ekonomi boleh beralih kepada digital. Sudah tentu ada sebahagian daripada eko-sistem yang berada dalam fizikal.

“Yang boleh diubah ialah kaedah kita memesan, dan contohnya, pengilang tidak perlukan pemborong. Dengan adanya eko-sistem digital, pengilang-pengilang boleh adakan ejen-ejen datang ambil dari kilang.

“Barang makanan tidak boleh di digitalkan tetapi cara disampaikan kepada pembeli, dulu kena pergi kedai, sekarang tidak perlu pergi ke kedai” jelas beliau.

Menjawab soalan tentang mengekalkan bakat atau talent dalam syarikat, kata Khairol, talent dalam syarikat banyak faktor untuk kekalkan.

Antaranya menggunakan faktor imbuhan yang sangat baik untuk diberikan kepada talent dan itu digunapakai oleh syarikat gergasi.

“Untuk syarikat sederhana, faktor keselesaan pekerja antara pekerja lain atau harmoni yang mengekalkan talent.

“Bagi mikro pula, faktor sentuhan daripada pemilik. Gaji yang diterima tidak seberapa tetapi ada tempat mengadu kalau anak sakit. Jadi level berbeza antara satu organisasi, ada kaedah yang berbeza,” ujar beliau.

Khairol berkata, “dalam pengalaman saya, individu ada keperluan yang berbeza. Dalam zaman industrial dahulu, bapa kita bekerja untuk cari makan.

“Revolusi IT, waktu itu orang tak fikir tentang cari makan tapi melihat pada taraf hidup atau standard of living. Nawaitu dah jadi lain.

“Dalam sosial media, orang bercakap tentang kualiti kehidupan. Kalau kita ikut perkembangan industri dunia, kita kena fokus bagaimana membantu talent hari ini untuk hidup dalam kehidupan yang berkualiti.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button