Mahkamah

Buruh ladang didakwa rogol anak rakan usia 14 tahun

BURUH ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol anak rakannya berusia 14 tahun, Julai lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Wan Muhamaad Sofie Wan Supian, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Menurut Berita Harian, pertuduhan lelaki bujang itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun yang juga anak kepada rakannya di sebuah rumah di Kampung Sungai Timah, Mukim Bandar, Perak Tengah, pada jam 10 pagi, 2 Julai lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

“Bagaimanapun, jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, saya mencadangkan RM30,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah memberikan jumlah jaminan minimum atas alasan dia hanya bekerja sebagai sebagai pengangkat baja dengan pendapatan RM50 sehari.

Selain itu, anak sulung itu juga perlu menanggung lima adiknya

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button