Bursa Malaysia didagangkan bercampur sebelum waktu rehat tengah hari ini
BURSA Malaysia mengakhiri sesi perdagangan pagi bercampur-campur kerana munculnya untung kecil di kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan terpilih yang melebihi kenaikan dalam indeks penanda aras.
Pada waktu rehat tengah hari, penanda aras FBM KLCI naik 1.41 mata kepada 1,582.78 dari penutupan Selasa pada 1,581.37.
Indeks dibuka 1.55 mata lebih baik pada 1,582.92 dan bergerak antara 1,579.08 dan 1,584.95 sepanjang sesi.
Aktiviti pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kuanter untung 472 berbanding 357, sementara 469 kaunter tidak berubah, 855 tidak diniagakan, dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 2.72 bilion unit bernilai RM1.51 bilion.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 0.93 mata kepada 11.568.78 dan Indeks FBMT 100 naik 4.25 mata kepada 11.251.40, tetapi FBM ACE turun 17.28 mata kepada 7.687.64.
Indeks FBM Emas Shariah naik 16.82 mata kepada 12,728.57 sementara FBM 70 turun 16.52 mata kepada 15,059.64.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 13.44 mata kepada 15,324.91, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.55 mata kepada 193.77 manakala Indeks Perladangan turun 60.82 mata kepada 6,617.14. – SM