Hiburan

Bukti di balai polis! Afreena nafi kebas RM100,000 wang derma untuk bebaskan Along Cham

ISTERI kepada pelakon dan pelawak Along Cham, Afreena, menafikan dakwaan bahawa beliau telah menyeleweng wang sumbangan awam bernilai RM100,000.

Terdahulu, Along Cham mendakwa isterinya telah menyalahgunakan dana derma yang sepatutnya diserahkan kepadanya.

Memetik dari petikan Beautifulnara,  Afreena telah menggunakan namanya untuk mengutip sumbangan bagi membantu membebaskannya daripada penjara.

Selain itu, Along turut mendakwa Afreena telah meminta RM20,000 daripada rakan artis, Aaron Aziz, untuk membayar ikat jaminnya.

Bagaimanapun, Aaron Aziz hanya menghulurkan RM5,000, iaitu jumlah yang ditetapkan mahkamah bagi tujuan tersebut. Along menegaskan bahawa beliau dan keluarganya sepatutnya berhak menerima wang sumbangan itu, namun tidak menerima walau sesen pun.

Dalam pada itu, Along turut menjelaskan bahawa wang ikat jaminnya sebenarnya telah dibayar oleh keluarganya sendiri dengan bantuan pelakon Didie Alias.

Afreena Tampil Pertahan Diri

Sebelum ini, Afreena enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut. Namun, akhirnya beliau tampil mempertahankan dirinya, termasuk menafikan tuduhan menipu Aaron Aziz seperti yang didakwa Along.

Melalui hantaran di IG Story, Afreena berkongsi gambar dirinya berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada awal pagi Rabu.

“RM100,000 diseleweng? Kebenaran akan ditegakkan.”

Selain itu, Afreena turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan seorang individu yang mendakwa pernah menjadi mangsa seorang wanita dikenali sebagai ‘Ika’.

Menurut individu tersebut, wanita bernama Ika itu telah banyak kali menipu orang, termasuk ahli keluarganya sendiri. Individu itu turut meluahkan rasa simpati terhadap Afreena, yang turut menjadi mangsa penipuan.

“Hai sayang. Saya kenal Ika tu. Saya pun pernah kena scam. Ramai dah kena dengan dia. Ika ni perempuan bodoh, tu je boleh cakap. Keluarga dia sendiri pun dia scam. Semoga kamu tabah, peluk.”

Afreena turut menegaskan bahawa wang yang berada dalam akaunnya adalah miliknya sendiri, dan beliau menafikan dakwaan Along bahawa jumlah sumbangan yang diterima mencecah RM100,000.

Artikle Berkaitan :>

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button