NasionalNegeri

Bukit Malut: Pelarian dibenar miliki hartanah?

KERAJAAN Negeri Kedah perlu menjelaskan cadangan pemindahan penduduk di Bukit Malut ke sebuah penempatan baharu yang dikatakan perlu dibeli secara sah.

Ini kerana, umum tahu perkampungan di Bukit Malut itu dikaitkan dengan penempatan pelarian Rohingya yang mendarat di Pulau Langkawi.

Kebanjiran pelarian asing di kawasan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat tempatan dan hal berkenaan mendapat perhatian kerajaan negeri.

Justeru, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu usaha untuk memindahkan penduduk di sana sudahpun dimulakan selepas lawatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Langkawi.

Malah, katanya pemindahan itu dijangka dilakukan pada tahun ini dan penduduk di Bukit Malut itu juga dilapor bersetuju untuk berpindah.

“Perbincangan sudah bermula dan saya difahamkan penduduk Bukit Malut juga bersedia untuk berpindah dari situ.”

Kata Muhammad Sanusi dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Masjid Aishah, di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, pihak yang terlibat dalam usaha untuk memindahkan penduduk di Bukit Malut perlu menyediakan tanah untuk mereka beli secara sah.

“Mereka pun nak yang sah, cuma kita kena sediakan tanah untuk mereka beli sama ada secara sewa beli atau pembelian tunai.

“Bagi pihak kerajan negeri, kita akan permudahkan segala urusan, khususnya berkaitan pengambilan tanah bagi tujuan itu.” ujarnya.

Dalam sidang akhbar sama, Muhammad Sanusi turut memaklumkan, MKN sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi berkaitan untuk menyelesaikan isu penempatan di Bukit Malut. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button