Politik

Bukan urusan UMNO tentukan berapa lama Dr. Mahathir jadi PM

KUALA TERENGGANU – Berapa lama Tun Dr. Mahathir Mohamad akan jadi Perdana Menteri adalah urusan yang ditentukan oleh Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak ada keperluan untuk UMNO tentukan berapan Dr. Mahathir akan pegang jawatan itu.

“Dengan 138 kerusi yang ada, PH boleh tentukan Tun nak memerintah dua tahun, tiga tahun, empat tahun… itu juga masalah PH.

“Buat masa ini tidak ada keperluan untuk UMNO nyatakan selama mana Tun harus pegang jawatan.

“Teatapu kalau sampai satu masa yang memerlukan UMNO menyatakan pendirian, kita akan adakan mesyuarat majlis tertinggi dan bincang untuk sokong atau tidak tapi buat masa ini situasi ini belum berbangkit,” katanya kepada pemberita selepas menjayakan program penyatuan ummah peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri di sini, malam tadi,

Menurut Annuar, ketika ini UMNO mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai untuk memastikan BN mengalahkan PH.

“Keutamaan kita adalah di Tanjung Piai kerana kita merasakan ini adalah masa terbaik untuk rakyat menolak PH,” katanya.

Mengenai enam orang Ahli Parlimen BN yang menyatakan sokongan terhadap Dr. Mahathir Mohamad untuk mentadbir sehingga lima tahun, Annuar berkata, itu bukan keputusan parti, tetapi adalah pandangan peribadi mereka.

“Jangan terkeliru.. mereka hanya sebut pendapat peribadi mereka tapi di peringkat parti, tidak ada sebarang keputusan berhubung selama mana Tun harus mentadbir.. itu juga masalah dalaman PH,” katanya. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button