Hiburanpilihan

Gambar Elizabeth Tan cium ‘bukan’ Jay Iswazir curi tumpuan, tertanya-tanya siapa gerangan!

Gara-gara Elizabeth Tan mengeluarkan kenyataan seolah-olah berbangga dapat melakukan aksi real bercium dengan Jay Iswazir dalam filem Abang Long Fadil 3, segelitir netizen turut ‘air naik kepala’.

Tak sangka dalam fasa rakyat Malaysia menentang penyanyi yang membawa pemikiran LGBT seperti Billie Eilish menerusi satu konsert baru-baru ini, ada pula filem tempatan galak promosikan elemen keghairahan.

Mentang-mentanglah Elizabeth Tan seorang wanita Cina yang sering tampil seksi dengan suara garau yang menggoda, takkan sampai begitu Syafiq Yusoff membenarkan karyanya dilacurkan?

Elizabeth Tan cium Jay Iswazir?

Dalam Rukun Negara, kita semua kononnya menjunjung Kesopanan dan Kesusilaan namun jelas pada hari ini, kita semua munafik, pandai sebut, reti komen tetapi hanya menunggu apa tindakan seterusnya.

Bukannya laporan polis dibuat atas pelanggaran Rukun Negara ini sebaliknya tindakan pertama yang dicari netizen adalah bagaimana gambaran Elizabeth Tan bercium.

Begitu kritikal mentaliti masyarakat Malaysia hari ini gara-gara normalisasi seks dan keghairahan dalam setiap sudut bertahun-tahun sama ada secara soft porn atau simbolisme.

Kesannya, gambar Elizabeth Tan bercium dengan suaminya pun dikorek semula dan membuatkan peminat pelakon berkulit putih ini mula berimaginasi bagaimana aksinya bersama Jay Iswazir.

Lebih-lebih lagi, Elizabeth Tan menjelaskan dengan tegas, ciumannya itu adalah real dan bukannya teknik kamera namun Elizabteh Tan seperti kurang berpuas hati.

Meskipun Jay Iswazir enggan memberi sebarang komen mengenai isu ini namun Syafiq Yusoff berjaya menggunakan Elizabeth Tan sebagai pelaris untuk membuatkan lelaki miang menonton Abang Long Fadil 3.

Jika benar adegan itu tersiar dalam filem yang ditayangkan kepada awam, sama-sama kita ucapkan tahniah Malaysia menuju ke arah real sekular dan liberal.

P/s: Pakistan yang dahulunya cantik hancur dimakan banjir kilat, Sungai Furat semakin kering menampakkan kota silam yang tenggelam, Malaysia masih seronok hidangkan filem berunsurkan melawan hukum al-Quran!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button