NasionalpilihanUncategorized

Sidang Parlimen: Jangan aibkan Agong dengan desakan politik

Yang di-Pertuan Agong wajib dilindungi daripada diaibkan dengan permainan politik terdesak yang mahu Parlimen bersidang ketika kes Covid-19 harian hampir mencecah 10,000 kes.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM) Datuk Dr. Hasan Mad berkata, institusi tertinggi di negara ini harus dilindungi daripada dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan tanpa memikir risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat.

“Rakyat wajib dilindungi agar tidak terus putus asa,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Tambah beliau, rakyat juga sedang melihat dan menunggu kebijaksaan Yang di-Pertuan Agong sebagai “Supreme Commander”.

Parlimen dijangk bersidang pada 26 Julai selepas didesak oleh para pemimpin UMNO dan pembangkang.

Hasan berkata, Parlimen akan digunakan untuk agenda politik masing-masing berbanding isu Covid-19.

“Pemimpin kita saling bersengketa sekarang. Kalau buka Parlimen pun mereka di dalam itu akan bersengketa macam pasar borong. Kita dah boleh jangka apa yang akan berlaku.

“Saya rasa tidak akan ada perdebatan secara berhemah dan persidangan itu akan sentiasa diganggu sama seperti apa yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Menurut Hasan, isu Covid-19 memang boleh diselesaikan dan kerajaan sudah buktikan perkara itu sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah berlangsung.

Ujarnya, negara juga sudah buktikan kepada dunia kemampuan untuk mengekang Covid-19 tetapi disebabkan perangkap politik, pemimpin-pemimpin dalam kerajaan mula hilang fokus.

Dalam pada itu, Hasan turut menggesa supaya sektor ekonomi dibuka semula bagi menjana semula kehidupan rakyat.

“Kegawatan ekonomi dalam negara sudah berlaku sebelum Covid-19 lagi. Kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah pada ketika itu juga tidak fokus kepada pelan kontigensi ekonomi negara.

“Kemudian ditambah pula dengan Covid-19, ekonomi negara makin merudum dan berada di dalam keadaan kritikal,” katanya.

Jelasnya, pemimpin perlu buang sikap untuk bersengketa sesama sendiri dan buang perasaan yang boleh merosakkan jiwa, minda dan hati mereka.

Dalam pada itu, beliau berharap supaya sektor ekonomi dapat dibuka semula untuk menjana kehidupan kewangan rakyat dan negara.

Ujarnya, bila ekonomi lumpuh, rakyat pun akan terkesan kerana mereka hanya dikurung di rumah dan tidak boleh mencari pendapatan.

Namun kata Hasan, langkah untuk membenarkan ekonomi dibuka perlu seiring dengan tahap perlindungan yang diberikan kepada rakyat.

“Buka sepenuhnya ekonomi tetapi kerahkan lebih ramai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sokongan pasukan keselamatan lain untuk memastikan SOP Covid-19 dipatuhi

“Covid-19 dapat diputuskan jika semua patuh pada SOP dan kerajaan perlu gandakan usaha mereka untuk terus memastikan rakyat patuh tanpa menutup sektor ekonomi,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button