KemalanganNasionalNegeri

Budak 12 tahun maut, kereta terbabas masuk gaung

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terbunuh selepas kereta dinaiki bersama ahli keluarganya terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung di Lebuh Raya Bahau-Keratong di Bandar Melati 15, Muadzam Shah, awal pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Raziq Ramli yang beralamat di Felda Keratong 6.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Zulfadli Zakaria berkata, kejadian itu turut melibatkan dua lelaki dewasa dan seorang lagi kanak-kanak lelaki.

Katanya, mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.20 pagi dan sebelum anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai telah terbabas lalu jatuh ke dalam gaung sedalam dua meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan pengusung untuk mengangkat mangsa yang meninggal dunia dari gaung ke atas.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – SM

BACA Bas masuk gaung sekurang-kurangnya 27 maut

 

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button