fbpx
Politik

Buat ‘countdown’ tarikh Dr. Mahathir berundur

FORUM yang dianjurkan pun bertajuk Dr M Lepas Jawatan Mei 2020. Sudah tentu pengisiannya berkisar tentang desakan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir diminta segera berundur bukan sahaja sebagai menunaikan janji untuk memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kelapan tetapi juga kerana prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) langsung tidak membanggakan.

Kumpulan ini terus memberikan tekanan supaya Dr. Mahathir berundur termasuk mencadangkan supaya diadakan ‘countdown’ untuk Dr. Mahathir berudur pada bulan Mei ini.

Cadangan itu itu dikemukakan oleh salah seorang peserta forum bermula mulai Tahun Baru Cina ini dengan tarikh 9 Mei ditetapkan sebagai masa untuk Dr. Mahathir melepaskan jawatan.

Menurut peserta tersebut, ini bagi memperingatkan rakyat bahawa pada tarikh 9 Mei adalah hari ‘selamat tinggal’ kepada Mahathir.


Tarikh itu katanya, harus digariskan dalam media massa sepanjang masa sehingga tarikh itu sampai.

Pengerusi Forum Dr M Lepas Jawatan Mei 2020 itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad berkata, pentadbiran negara di bawah PH pimpinan Dr. Mahathir langsung tidak membanggakan.

Katanya, persepsi rakyat terhadap kerajaan kini sangat teruk dan akan terus menjadi buruk jiak kerajaan terus mentadbir negara.

Menurut beliau tidak ada satu pencapaian yang boleh dibangga dalam tempoh setahun setengah ini oleh itu tidak ada kewajaran untuk Dr. Mahathir terus mentadbir negara.

“Negara ini CEO adalah Perdana Menteri dan negeri adalah Menteri Besar. Rakyat adalah pengundi dan kita boleh tentukan siapa hendak mentadbir negara.

“Kalau sebuah syarikat akan diberi peluang lagi enam bulan tetapi ini sudah lebih setahun setengah. Apa yang rakyat hendak harap dengan parti politik untuk apa yang kita mahukan.

“Rakyat yang kena berjuang untuk perubahan kerana jika harap parti politik, amat menyedihkan,” katanya dalam forum tersebut.

Turut menjadi panel dalam forum itu ialah penulis Buku Anwar PM8, Shahbudin Husin; Ketua Berita JOM CHANNEL, Dr Siti Aini Omar dan Aktivitis NGO Kemanusiaan, Mustapha Mansor.

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button