Apabila bercakap tentang dunia muzik, pastinya setiap orang punyai persepsi dan selera yang tersendiri.
Ada yang minat rock, nasyid, blues, jazz dan sebagainya namun golongan ini dikira sebagai peminat sahaja.
Yang paling hebat dalam bidang ini adalah pembuatnya kerana kelompok ini bijak mengadunkan bunyi.
Maka terhasillah rentak yang menangkap jiwa serta memberikan pelbagai perasaan kepada pendengarnya.
Namun demikian, seronokkah bekerja sebagai pembuat muzik? Ini perkongsian seorang wanita dari Perlis, Atirah Norddin yang sudah lama terlibat dalam dunia muzik dan berdepan dengan ramai orang:
Bismillahirahmanirrahim..
Sekadar perkongsian cerita pengalaman. Saya selalu berjumpa dengan orang yang jumpa saya dan bila mereka tanya saya kerja apa?
Saya jawab, “Saya ada buat kelas muzik dekat Perlis / Saya buka music centre, ada buat kelas dan jual alat muzik.”
Antara jawapan yang saya dapat:
1- Ohh berapa orang je belajaq kat situ?
2- Buang masa, tunggu apa kt Perlis? Kalau buat kerja entertainment ni kena g KL, Perlis mana ada apa.. Berapa tahun dah buka? Siapa je tau kedai awak?
3- Ohh muzik.. (muka xpaham) atau diam
Hmm tak apalah. Bagi saya bukan semua orang faham, so kita? Kita jalan ja kerja kita.
Sedih? Ada la juga dulu nak merajuk, low confident, sedih biasalah!
Syukur ada family, my twin Atikah Norddin yang selalu support untuk tak mengalah!
Sekarang sudah hampir 7 tahun saya mengusahakan Twinnies Home Music, saya sudah mempunyai 10 orang staff, dan hampir 200 pelajar yang belajar muzik di THM.
Ada yang dari Perlis ada yang buat online dari serata Malaysia. Alhamdulillah THM pelan pelan dapat sambutan yang baik di platform TikTok,Instagram, Shopee dan lain lain..
Alhamdulillah.. Tapi yang saya nak kongsi, saya pernah jumpa orang-orang alimlah. Baya-baya tok wan mak tok kitalah umur 60,70,80.
Bila saya keluar bersama keluarga, hehe biasanya mereka notis my twin sebab depa kan selalu dengaq radio lokal ehhehehe..
Ditanyakan pada saya, “Ohh kembaq.. sorang lagi DJ RADIO.. Yang ni pula buat apa?”
Segan tapi saya jawab, “Saya ada buka kedai muzik.”
Apa dia jawab, “Mashaa Allah, rezeki Allah.. tahniah. Takpa buat ja kerja kita, semua tu Allah bagi. Kerja yang kita buat jalan ja, hok Allah suruh, kita buat.”
Haa.. itu cerita orang tua, yang alim alim lah..
Cerita dia kat sini, apa-apa punlah kerja orang, jangan pandang rendah. Mesti pernah tau kan, orang DROPSHIP pun ada yg jutawan.
Kita buat apa yg kita minat, bab kaya tu kemudian tak apa, janji kita buat kerja yg dapat manfaatkan bukan pada sendiri tetapi untuk orang lain juga.
Mungkin ada yang baru mengenali saya. Boleh follow platform @twinnieshomemusic di semua platform, ada Shopee, Youtube, dll.
Klik sini https://linktr.ee/twinnieshomemusic
Mudah mudahan Allah berkati segala usaha kita bersama. Moga kita kaya dunia dan akhirat