Sukan

Bonnie pecah rekod dunia paralimpik, sumbang emas kedua negara

JAGUH angkat berat paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin, meraih pingat emas kedua negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle, Paris.
Juara dunia 2023 kategori 72kg itu selain berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya ketika di Tokyo 2021  turut memecah rekod dunia.
Ini sekali gus menepati ramalan menduduki podium tertinggi temasya berprestij itu sambil menyaksikan lagu NegaraKu berkumandang kali kedua di bumi Kota Cinta.
Dalam aksi final angkat berat tersebut, atlet kelahiran Sarawak itu berhasil memecahkan rekod dunia miliknya sendiri (231kg) dengan angkatan baru 232kg yang turut mencatatkan rekod temasya yang baru.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button