NegeriPendidikanSukan

Bola sepak: KUIPs yakin pasukan ke SUPTIM lebih mantap

PASUKAN bola sepak Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yakin persiapan pada tahun ini lebih mantap bagi menghadapi kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) kali ke-20 dari 10 hingga 14 Februari ini.

Mohd Faridzan Jaiby yakin pasukan bola sepak KUIPs lebih mantap untuk bertanding di SUPTIM kali ini.

Ketua pasukannya, Mohd Faridzan Jaiby berkata, melalui latihan intensif dan perlawanan persahabatan yang disertai sebelum ini menambahkan lagi semangat dan kekuatan kepada pasukan ini untuk terus mara dan mengukir nama di SUPTIM nanti.

Katanya, walaupun mereka pernah menyertai kejohanan sebelum ini namun pada tahun ini dilihat lebih bersedia.

“Kami yakin dengan sokongan terutama Rektor Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle dan staf pastinya kami lebih bersemangat dalam penyertaan sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui semasa perlawanan persahabatan di padang Simpang Empat, Arau.

Sementara itu Muhamad Rozaimi yang bertemu dan memberi semangat kepada pasukan ini berkata, perlawanan bersama pelajarnya ini bukan sekadar mengenai bola sepak; ia merupakan manifestasi dari nilai-nilai yang dipegang teguh yang menekankan pentingnya persatuan, strategi, dan kepercayaan kepada Allah SWT dalam menghadapi cabaran.

“Perlawanan ini mengingatkan kita kepada keberkatan yang diperoleh melalui persahabatan dan kerja berpasukan, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW,” ujar beliau.

Beliau menambah setiap gol yang dijaringkan dan setiap pertahanan yang berhasil bukan hanya skor, tetapi juga pengajaran tentang kebersamaan dalam menghadapi rintangan.

Pasukan KUIPs (kanan) bergambar bersama Muhamad Rozaimi yang hadir memberi sokongan semasa perlawanan persahabatan di padang Simpang Empat, Arau.

Dengan penyertaan dalam kejohanan SUPTIM ini menunjukkan pihak pengurusan KUIPs mengharapkan pelajarnya bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah luar kelas, demi melahirkan generasi yang mencintai Sunnah dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button