Rencah Hidup

Bola kecil wajah kartun tarik perhatian

UNIK dan menarik. Bola-bola kecil comel berwajah kartun dalam warna-warni ini tersusun elok di atas meja. Daripada jauh akan ternampak kelibat bola-bola comel ini.

Pastinya akan singgah sebentar di gerai jualan bola-bola kecil ini sebab tertarik unuk melihat ia dengan lebih dekat.

Sambil menjual, peniaga tidak buang masa mengait bola kecil untuk jualan di Pasar terapung Khlong Hae di Hatyai, Songkhla.

Wartawan Suara Merdeka pun sama, singgah dan bertanya kepada peniaga yang siap membuat demostrasi dan rupa-rupanya ia adalah bola lampu.

Disebabkan masa tu petang maka cahaya agak malap tetapi pastinya akan jadi lebih cantik apabila pada waktu malam.

Kalau orang dewasa pun boleh terpegun, apa lagi kanak-kanak pastinya tidak akan berganjak dan merengek minta dibelikan.

Unik sungguh lampu kecil yang dijual di gerai di Pasar terapung Khlong Hae di Hatyai, Songkhla.

Lagi banyak beli bola kecil , lagi murah harga yang dtawarkan.

Apa yang menarik penjual pula sibuk mengait bola ini sambil menjual yang telah siap.

Maknanya peniaga tidak membuang masa menunggu pelanggan sahaja tetapi mengisinya membuat bola-bola kecil ini yang menjadi kegemaran kanak-kanak.

Satu bola dijual 39 bath dan kalau beli tiga hanya 100 bath.

Harga menjadi lebih murah apabila membeli lebih banyak, jadi ibu bapa bolehlah membeli untuk semua anak-anak supaya tidak akan ada yang berebut nanti untuk memiliki bola kecil bercahaya yang comel. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button