Jutaan tahniah diucapkan kepada separuh daripada rakyat di negeri Melaka mewakili DUN masing-masing kerana tidak keluar mengundi.
Misalnya beberapa pusat pengundian di sekitar Melaka, tinjauan Suara Merdeka mendapati suasananya agak suram ibarat pusat ekspo yang tak berapa nak laku.
Bertanya kepada orang-orang Cina di sekitar Melaka, mereka awal-awal sudah memboikot Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meskipun dulu bergelar pengundi Pakatan Harapan (PH).
Barisan Nasional (BN) juga seharusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sebahagian warga Melaka yang tidak pulang ke kampung halaman semata-mata untuk mengundi.
Keputusan mereka untuk tidak pulang ke kampung halaman dan bercuti bersama keluarga jadi lebih bermakna apabila ia menyumbang peluang kepada BN untuk bersinar.
Namun yang cukup dikesalkan, yang meraikan kemenangan BN cuma fake account sahaja dan buktinya boleh dilihat menerusi ruangan komen di Suara Merdeka.
Apakah mereka malu untuk menggunakan identiti sebenar untuk menunjukkan tanda sokongan kepada BN tanpa berbelah bahagi dan mengapa harus menggunakan fake account?
Keadaan ini hanya membuatkan rakyat Malaysia melihat kemenangan BN cuma diraikan fake account dan beroleh kemenangan kerana separuh warga Melaka tidak keluar mengundi dan tidak pulang ke kampung.
Sebab itulah peratusan keluar mengundi rendah dan BN boleh peroleh kemenangan dengan mudah. Maka BN harus memastikan keadaan ini berterusan untuk menang besar dalam PRU-15 akan datang.