Hiburan

Bintang lagenda Bollywood Rishi Kapoor meninggal dunia

SETELAH bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya, akhirnya hero filem Bobby, Rishi Kapoor yang pernah mencetus satu fenomena luar biasa di sekitar tahun 1970-an, meninggal dunia hari ini.

Rishi meninggal dunia pada usia 67 tahun dan khabar sedih ini disahkan oleh abangnya, Randhir Kapoor setelah mendiang mendapatkan rawatan di Sir HN Reliance Fondation Hospital di Mumbai, India.

Semalam, dikhabarkan Rishi dikejarkan ke hospital kerana masalah pernafasan.

Sebelum ini, hero yang pernah digandingkan dengan heroin Dimple Kapadia, pernah mendapatkan rawatan di New York, Amerika Syarikat pada September tahun lepas selepas disahkan menghidap kanser sekitar tahun 2018.

Ketika menghembuskan nafas terakhirnya, isterinya, Neetu Kapoor berada di sisi.

Rishi merupakan anak kepada Raj Kapoor, mula terlibat dalam dunia lakonan dalam filem Mera Naam Joker. Dalam filem itu, dia memainkan peranan sebagai artis kanak-kanak.

Pelakon itu kemudiannya menerima Anugerah Nasional menerusi filem tersebut.

Pada tahun 1973, seperti mana yang disebut awal-awal lagi, nama Rishi mula meletup menerusi filem yang terus dikenang sepanjang zaman, Bobby.

Filem tersebut secara tidak langsung telah menaikkkan nama Rishi sebagai bintang Bollywood dalam sekelip mata.

Filem terakhir lakonan Rishi ialah“102 Not Out” bersama aktor senior Amitabh Bachchan.

Amitabh Bachchan menerusi postingnya di Twitter juga memaklumkan mengenai berita kematian Rishi.

“T 3517 – Dia sudah tiada..! Rishi Kapoor.. tiada lagi.. baru saja meninggal.. Saya musnah!”

Hasil perkahwinan Rishi dan Neetu mereka mempunyai seorang anak lelaki Ranbir Kapoor. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button