Hiburan

Bila Iqbal masuk jarum, kenapa Inspektor Shiela persoalkan?

HILANG sudah kisah kemarahan netizen terhadap Inspektor Shiela yang sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Semua mulut nampaknya terkunci rapat termasuk pengamal media yang mengambil kesempatan ke atas senario yang dicipta oleh wanita itu yang turut didakwa, mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa.

Inspektor Shiela dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, kini menjadi SELEBRITI dalam DEBU.

Dia yang digantung tugas turut didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You (kamu) tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu,”.

IQBAL ZULKEFLI – GAMBAR IG

Tuduhan itu dibuat ke atas Inspektor Shiela yang mendapat perhatian bekas kekasih Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tanpa rasa segan silu, mungkin lawak jenaka bagi kedua-dua belah pihak iaitu Inspektor Shiela yang kesunyian sebab tidak ada kekasih dan Iqbal pula terus mahu kekal relavan dalam attention seeker, menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen Malaysia.

Shiela yang membuka tawaran untuk didekati mana-mana lelaki tetapi bersyarat, Iqbal tampil mahu mengorat wanita kontroversi itu. Memang itulah taste Iqbal agaknya.

Bagaimanapun, respons daripada wanita India itu, mengapa dia pilihan Iqbal untuk berkenalan sedangkan dia sendiri yang buka penawaran!

BACA Bekas ‘kekasih’ Datuk Seri Vida, Iqbal nak “cuba” Inspektor Shiela

Bukan mahu bersikap rasis tetapi betul kata Shiela tu, dia, Iqbal berkulit putih, Shiela pula berkulit hitam, jadi kalau kahwin, kulit anak mereka jadi apa? Tahi cicak? Sekadar bertanya.

Kisah yang dipaparkan berkaitan dua insan yang terdesak ini sekadar hiburan untuk hilangkan stress seharian.

Stress tidak bagus dan boleh mendorong kepada kemurungan dan akhirnya, jadi seperti artis/penyanyi/komposer yang dilahirkan di Hong Kong, Coco Lee yang meragut nyawanya sendiri dalam usia 48 tahun. – SM

BACA Inspektor Sheila cari calon suami

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button