Uncategorized

“Biarlah Kami Bercuti Dan Tak Nak Bagi Anak Sekolah Adalah Hak Ibu Bapa!”, Netizen Amuk!

Sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri memasuki Fasa 2, hujung minggu baru-baru ini menyaksikan pelbagai tempat riadah diserbu orang ramai.

Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas menerusi beberapa gambar serta video yang ditularkan termasuklah di beberapa kawasan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Dalam gambar atau video tersebut, ia menunjukkan rakyat Malaysia yang sudah lengkap dua dos vaksin seolah-olah berani redah abaikan SOP asalkan boleh nikmati alam sekitar.

Keadaannya sangat menakutkan dan sekiranya adalah salah seorang daripada pengunjung di situ menjadi pembawa virus COVID-19, pastu ramai yang berisiko.

Namun melihat keadaan ini, penulis berpendapat wajarlah semua netizen kawal jari-jemari untuk memberi komen kepada rakyat Malaysia yang lain kerana kita semua serupa.

Mana tidaknya, aktiviti berpusu-pusu di tempat riadah, perarakan budak baju hitam bawa replika mayat serta golongan pemimpin tua gagal masuk Parlimen langsung tiada beza.

Semasa kita di rumah bukan main kita mencarut, “Oi.. budak baju hitam.. oi.. pemimpin tua.. SOP mana, SOP? Inilah punca kes COVID-19 meningkat!,” maki rakyat Malaysia.

Sekali apabila PKP di beberapa negeri beralih ke Fasa 2, kita pula macam pernah maki golongan yang jelas langgar SOP. Jangan sampai Imam Besar Masjid Putrajaya bersuara!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button