Politik

Biar raja-raja buat keputusan, selesai buntu politik

CUKUPLAH kekecohan yang dibuat oleh orang politik. Serahlah kepada raja-raja untuk membuat keputusan untuk memecah buntu.

Rakyat semakin jelak dan keliru dengan politik berlebihan yang tidak ada penghujung.

Dalam situasi buntu selepas gagalnya Langkah Sheraton walaupun belum sepenuhnya, tetapi cukuplah jangan bawa negara ini ke kancah yang lebih buruk.

Kenyataan dan sikap yang dipamerkan orang politik pada masa ini hanya akan menyemarakkan lagi suasana tidak harmoni.

Oleh itu yang terbaik dalam situasi ini adalah dengan menyerahkan kembali kepada raja-raja untuk membuat keputusan.

Serahkan kepada Majlis Raja-Raja bersidang dan mencapai kata sepakat.

Sebagai rakyat jelata mereka akan akur dengan keputusan dibuat oleh raja-raja berbanding orang politik yang matlamatnya bersimpang-siur serta menambah kekeliruan.

Dalam situasi buntu selepas gagal membentuk kerajaan perpaduan, raja-raja perlu menjadi tempat rujukan tertinggi untuk membuat keputusan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button