Politik

Rafizi disindir, tak makan fast food pun boleh lupa formula

NAIB Presiden PKR Rafizi Ramli menjadi sindiran warganet di Twitter berkaitan ciapan beliau mengenai makanan segera atau fast food.

Dalam ciapannya, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, mengikut saintis, makanan segera boleh merosakkan daya ingatan.

Rafizi turut memberi peringatan kepada pengamal media yang menerima makanan segera daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar jangan sampai terlupa apa yang perlu dilaporkan.

“Pengajaran, pertama lunch mingguan dengan anak dan isteri di McD mungkin kena semak semula

“Kedua, media yang dapat fast food dari Agong jangan sampai terlupa apa nak lapor. Ketiga, makanlah keropok lekor dan satar ikan, lebih protein,” ciap Rafizi.

Sebelum ini  Al-Sultan Abdullah yang sangat prihatin dengan petugas media yang membuat laporan berkaitan krisis politik negara di luar Istana Negara memberikan mereka makanan termasuk makanan segera Kentucky Fried Chicke (KFC), McDonalds dan nasi berlauk ikan patin.

Tindakan Al-Sultan Abdullah itu dipuji oleh rakyat jelata yang kagum dengan sikap prihatin Baginda terhadap wartawan yang berpanas dan lapar untuk menyampaikan laporan mengenai krisis kerajaan yang dihadapi oleh negara.

Warganet yang tidak senang dengan ciapan Rafizi itu membalas kata-kata Naib Presiden PKR tersebut.

“Eyh.. tuan Rafizi pun apa kurangnya..  tak makan makanan segera selalu pun dah lupa nak realisasikan formula,” sindir @Dzulhadzwan.

“Patutlah kau lupa janji sebelum PRU14 dengan execute untuk turunkan harga minyak RM1.50. Kuat makan McD rupanya kau ni,” tulis @AshrafMhd.

“Barangkali saudara rafizi juga terlebih makan junk food sehingga lupa kepada janji-janji pililhanraya dahulu. Tak pe lah. Saya maafkan,” ciap @feeldneed.

“So as conclusion YB, YB jangan banyak sangat makan makanan segera…macam hari tu YB lupa sebelum PRU kata nak hapuskan tol dan turunkan harga minyak..lepas menang terus lupa,” sindir @nashrul_nazri.

Ada juga warganet yang tidak senang dengan ciapan Rafizi itu kerana dianggap menyindir Yang di-Pertuan Agong memberikan makanan segera kepada media.

“Awak kecam YDPA ke sebab bagi fast food kepada media? Awak hantarlah makanan berkhasiat kepada media-media tu encik. Ingat sudah tak berpolitik sudah bijak sikit, bunyi je lebih,” marah @kdmohd.

“Tak taulah, bila kuasa sudah di tangan nanti pada raja-raja pun @rafiziramli sanggup troll, biadap,” luah @leng_ce.

“Tak payah sebut la pasal Agong. Sebut la pasal orang lain lain. Keadaan huru hara ni banyak lak kajian dia ni,” kata @povetchopel1.

“At least Agong prihatin la jugak kat pihak media. Politikus semua tak peduli rakyat dah. Berjuang untuk kuasa je tau, bukan berjuang untuk rakyat tak ada langsung. Yang nak bejuang pun cuma untuk dapat populariti je.. tak ikhlas langsung,” sindir @ZwnSfl.-SM

 

 

(Visited 1,164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button