Ekonomi

Biar ikat perut, pantang mengemis duit sendiri

Biar ikat perut. Pantang mengemis duit sendiri. Jawab Datuk Seri Najib Tun Razak kepada komen hantaran beliau berhubung pengeluaran RM10,000 dari akaun 1 KWSP.

Ahli Parlimen Pekan itu terdahulu membuat hantaran ke Facebooknya menyindir keputusan KWSP membenarkan pengeluaran sebanyak RM500 sebulan dari akaun 1, berbanding dicadangkan beliau supaya pencarum dibenarkan mengeluarkan sekali gus maksimum RM10,000.

Menurut Najib, Menteri Kewangan negara Australia langsung tak reti jaga masa depan warga negara itu, kerana membenarkan pengeluaran wang simpanan semua warga Australia ketika situasi sukar pandemik Covid-19.

“Dia benarkan semua warga Australia yang sedang bekerja atau berniaga yang pendapatan mereka berkurang 20% atau lebih akibat Covid untuk keluarkan AUS$20,000 daripada tabung persaraan mereka (yang dikenali sebagai superannuation atau “super” di sana).

“Ini amat zalim sebab warga Australia langsung tak diberi peluang untuk mengadu dan mengemis wang simpanan mereka sendiri pun.

“Jika $10,000 beri impak $41 sebulan maka $20,000 beri impak $82 sebulan.

“Apakah nasib warga Australia apabila pendapatan mereka berkurang sebanyak $82 sebulan selepas mereka bersara?” kata beliau.

Najib antara pemimpin yang lantang semasa membahaskan Belanjawan 2021 mencadangkan agar para pencarum diberi kelonggaran mengeluarkan wang sekali sahaja sebanyak RM10,000.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button