Politik

‘Bi-Partisan’: Ketua Pembangkang dapat kemudahan setara Menteri Kanan

AHLI Parlimen yang dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri Kanan.

Ia merupakan cadangan ketujuh rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional sekiranya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri diluluskan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

“Akhirnya yang Ketujuh, sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri Kanan,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, pihaknya telah mencapai satu kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar Perikan Nasional untuk meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Usul undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat.

“Keenam rang undang-undang termasuk rang undang-undang perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirundingi terlebih dahulu dengan semua Ahli Parlimen. Suatu rang undang-undang hanya akan dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen,” kata Muhyiddin.

Menurutnya, Kerajaan juga telah bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa.

“Untuk itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen untuk tujuan ini. Saya berharap, dengan adanya kerjasama bi-partisan di Parlimen, rang undang-undang ini akan dapat diluluskan,” kata Muhyiddin.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button