Bertengkar dengan isteri, bakar kereta bapa mentua
SEORANG lekai disyaki membakar kereta bapa mentua selepas bergaduh dengan isteri.
Lelaki itu dipercayai membakar kereta Perodua Myvi milik bapa mentuanya di tepi Jalan Senggang, Parit, Rabu lepas,
Dia berbuat dimikian kerana dipercayai tidak puas hati dengan bapa mentua yang meleraikan pergaduhan antara dia dengan isterinya.
Memetik laporan BERNAMA Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Barudin Wariso berkata, dalam kejadian malam Rabu lepas, suspek telah bertengkar dengan isterinya yang berusia 34 tahun di rumah bapa mentuanya di Tanjung Belanja, Parit.
Bapa mentuanya cuba meleraikan pergaduhan itu sebelum suspek keluar dan tidak pulang.
Keesokan paginya, mangsa menyedari Perodua Myvi miliknya yang diletak di halaman rumah sudah tiada sebelum kereta itu ditemui hangus terbakar di tepi Jalan Senggang Parit, pada pukul 1.30 tengah hari.
Beliau berkata suspek kemudiannya berjaya ditahan selepas melarikan diri ke Kuantan, Pahang, pukul 8.15 malam, pada Khamis lepas.
Barudin berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan.
Katanya, perintah reman terhadap suspek berumur 41 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Batu Gajah.
“Setakat ini, lelaki terbabit tidak mengaku melakukan perbuatan tersebut. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut seksyen 435 kanun keseksaan,” katanya.