AksesorialbatrosAuto TravelBencana alamBerita AutoBerita GajetCelotehGajetJual BeliPandu UjiParlimenPembacaPena Cikgu KamarulPencemaranpilihanPolitikUlasan

BERSIH hanya menilai reformasi dalam Kerajaan Perpaduan sahaja?

Keputusan penilaian yang dikeluarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berhubung prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara dipertikaikan kerana ia disifatkan sebagai berat sebelah dan tidak menyeluruh.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Rizal Jamin berkata, adalah penting untuk menilai prestasi kerajaan secara adil dan menyeluruh agar ia menggambarkan realiti usaha yang telah dilaksanakan Kerajaan MADANI.

Katanya, penilaian yang diberikan oleh BERSIH kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai tidak menyeluruh dan terlalu sempit

“Jika inisiatif reformasi dimasukkan, apakah markah Kerajaan Perpaduan masih kekal pada gred ‘D’?

“Walaupun analisis BERSIH terhadap beberapa aspek seperti reformasi pilihanraya dan pemansuhan beberapa undang-undang tertentu wajar diberi perhatian, tetapi banyak isu melibatkan struktur negara yang lebih kritikal tidak dimasukkan dalam penilaian BERSIH.

“Adakah hanya isu-isu ini menjadi punca kepada masalah struktur negara? Bagaimana pula dengan reformasi fiskal, reformasi perkhidmatan awam dan hubungan antarabangsa? Senarai berkenaan sebenarnya jauh lebih panjang.

“Kerajaan Perpaduan telah membuat keputusan berani dengan memberi keutamaan kepada reformasi penting yang memberi kesan besar terhadap negara, tetapi usaha tersebut tidak diambil kira dalam penilaian BERSIH,” kata beliau menerusi satu kenyataan.

Rizal turut mempersoalkan mengapakah BERSIH tidak memasukkan usaha kerajaan melakukan reformasi sosial bagi menangani ketidaksamarataan pendapatan melibatkan bantuan golongan berpendapatan rendah sejak 2022 untuk dikira dalam permarkahan.
“Inisiatif untuk menamatkan kemiskinan tegar menerusi bantuan tunai langsung, kenaikan gaji 15 peratus untuk penjawat awam serta subsidi bahan api bersasar adalah bukti komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Tetapi kenapa usaha tersebut tidak diambil kira,” soal beliau. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button