Nasional

Bersih 2.0 mahu pengganti Azhar dapatkan kepercayaan awam

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil(Bersih 2.0) mahu pengganti Datuk Azhar Azizhan Harun sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapat kepercayaan awam bagi meneruskan reformasi pilihan raya.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan berkata, pengganti Azhar perlu memenuhi berapa kriteria.

“Rekod prestasi terbukti dalam integriti individu; rekod prestasi terbukti dalam kesaksamaan dan bebas daripada politik kerajaan dan parti.

“Rekod prestasi terbukti dalam pengetahuan, pengalaman, kepakaran mengenai undang-undang pilihan raya dan sistem pilihan raya,’ kata Bersih 2.0/

Menurutnya, penggantian Pengerusi SPR perlu mematuhi syarat Perkara 114(2) bahawa bagi pelantikan ahli-ahli SPR, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam.

Related Articles

Menurut Bersih 2.0, Azhar telah membuat beberapa pembaharuan ketika menjadi Pengerusi SPR.

Pembaharuan yang diperkenalkan Azhar telah menjadikan penjalanan pilihan raya lebih baik dan telus sekaligus melonjakkan nama SPR sebagai badan pelaksana pilihan raya yang lebih berwibawa.

Antara reformasi yang dilaksanakan termasuklah pengedaran kad pengundi sebelum pilihan raya bagi memaklumkan tarikh, pusat dan saluran pengundian kepada pengundi.

Selain itu beliau turut membenarkan siaran langsung pengundian, pengiraan dan penjumlahan undi, pengesahan kewujudan pengundi berumur 90 tahun dan ke atas untuk mengeluarkan mereka yang telah meninggal dunia daripada senarai daftar pemilih.

SPR turut membuat laporan polis berkenaan kesalahan pilihan raya, membawa calon yang tidak menghantar laporan perbelanjaan pilihan raya ke mahkamah dan lain-lain lagi.

“Bersih 2.0 juga ingin mengulangi gesaan kami agar SPR perlu terus komited melaksanakan agenda reformasi pilihan raya supaya sistem pilihan raya negara kita benar-benar bersih dan adil serta tidak dilihat sebagai alat kepada mana-mana pihak untuk memastikan mereka terus berkuasa.

“SPR sebagai pengadil dalam pilihan raya perlu terus bebas untuk memastikan padang permainan pilihan raya adalah sentiasa sama rata dan tidak berat sebelah,” katanya.

Azhar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi SPR pada 29 Jun lalu. Dia dilantik ke jawatan tersebut pada 28 September 2018 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau telah diusulkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin untuk dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button