fbpx
Hiburan

Hairul Azreen teruja dapat raket Chong Wei

SUDAHLAH baru pertama kali bermain sukan badminton, tiba-tiba dapat pula raket baru daripada seorang lagenda sukan badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Malah, bukan sahaja dapat raket, lagenda itu turut memasangkan ‘grip’ (getah pemegang) pada raket tersebut.

Keterujaan itu dikongsikan pelakon, Hairul Azreen di akaun Instagramnya ketika bermain badminton bersama isterinya (Hanis Zalikha) dan Chong Wei.

BACA> Kluster Bachchan: Aishwarya Rai pula positif Covid-19

“Isteri saya (Hanis Zalikha) pertama kali main badminton terus dapat hadiah raket daripada Lee Chong Wei.

“Chong Wei siap luangkan masa untuk pasang grip lagi pada badminton itu,” katanya.


raket
Gambar IG Hairul Azreen

Menurut Hairul, ini adalah kali keempat dia menerima hadiah raket daripada bekas pemenang pingat perak sukan Olimpik pada 2016 di Brazil.

BACA> Adibah Noor bengang akaun IG kena godam

Diruangan komen, rata-rata netizen ternyata gembira kerana dapat melepaskan rindu untuk melihat aksi hebat Chong Wei.

Ada juga yang cemburu kerana pasangan selebriti itu bukan sahaja berpeluang untuk bertemu jaguh negara, malah sempat bermain sekali dengannya. -SM

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button