Nasional

Raja Muda Perlis lancar program “Let’s Shine With LTA@KKLK”

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan Program “Let’s Shine With LTA@KKLK” yang diadakan di Laman Woodball Langkawi Tourism Academy, Kolej Komuniti Langkawi.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi anakanda-anakanda, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra disambut oleh Pengarah Langkawi Tourism Academy, Haslinda Abd. Hamid dan Mohammad Azwan Ja’afar.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (Pengurusan), Datuk Kamel Mohamad.

Menurut Haslinda, program “Let’s Shine With LTA@KKLK adalah satu usaha untuk mempromosikan LTA, sebuah kolej komuniti yang program pengajiannya menumpukan kepada bidang perhotelan dan hospitaliti.

‘Setiap tahun LTA akan membuka peluang para pelajar lepasan SPM untuk menyambungkan pengajian pada ambilan bulan Jun dan Disember. menawarkan lima program di bawah bidang pelancongan dan hospitaliti.’ tambah beliau.

Untuk rekod, antara program yang ditawarkan di LTA adalah;-

•​Certificate in Culinary Arts
(Sijil Seni Kulinari),
•​Certificate in Food and Beverage Services (Sijil Perkhidmatan Makanan dan Minuman),
•​Certificate in Room Division
(Sijil Pengurusan Penginapan),
•​Certificate in Recreational Tourism
(Sijil Pelancongan Rekreasi), dan
•​Diploma in Hotel Management
(Diploma Pengurusan Hotel).

Tempoh pengajian bagi program diploma ialah 3 tahun manakala sijil mengambil masa selama 2 tahun.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda menyarankan golongan muda negeri Perlis yang berminat dalam jurusan-jurusan yang berkaitan tidak melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran di pulau pelancongan ini dalam suasana dan tempat yang begitu baik dan lokasinya terletak tidak berapa jauh daripada negeri ini. – SM

(Visited 476 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button