NasionalNegeriUncategorized

Bersedia tempuh Tahun 1444H yang penuh cabaran – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak umat Islam bersiap sedia memasuki lembaran baharu sempena Tahun 1444 Hijrah kerana ia bakal dipenuhi dengan berbagai ujian dan cabaran pada masa depan.

Sehubungan itu, titah Baginda, bagi menghadapi cabaran ini maka jauhilah sikap suka mementingkan diri sendiri.

Sebaliknya Baginda bertitah, utamakanlah kerja-kerja yang bersifat kolektif khususnya dalam memperkasa ekonomi, sosial dan politik.

“Tanamkan jati diri yang tinggi, sifat bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan segala amanah yang telah diberikan,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam kenyataan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sebelum itu, Baginda berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada Pusat Kebudayaan Islam King Faysal di Basel, Switzerland semalam.

Sumbangan MAIPs tersebut diterima oleh Nabil Ara selaku Pengerusi pusat yang menyediakan ruang solat waktu dan solat Jumaat serta kelas-kelas bimbingan agama kepada kanak-kanak Islam setempat di Friedensgasse 18, Basel, Switzerland.

Tuanku Syed Faizuddin juga bertitah, tidak ada jalan lain untuk maju melainkan dengan peningkatan ilmu.

Oleh itu titah Baginda lagi, budaya ilmu hendaklah disuburkan di setiap lapisan masyarakat.

“Aktiviti-aktiviti dakwah seperti kempen membaca, majlis ilmu, seminar, debat dan kuliah-kuliah pengajian hendaklah disemarakkan di semua institusi termasuk masjid ke arah memajukan agama, umat, negeri dan negara,” titah Baginda.

Ketika di Basel, Raja Muda dan anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail berkenan menerima undangan bagi menyaksikan perlawanan bolasepak ‘UEFA Europe Conference League’ di antara kelab FC Basel dari Switzerland melawan Brondby dari Denmark di Stadium St. Jakob Park. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button