Info

Berikut info jalan akan ditutup esok sempena program Hari Sukan Negara

BEBERAPA laluan sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan sementara bermula 5 pagi hingga 9.30 pagi sempena program Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja
Malaysia (PDRM), esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata jalan terlibat ialah Jalan Sultan Ismail-Jalan Imbi, Jalan Pudu-susur ke Jalan Imbi, Jalan Dewan Bahasa-Jalan Bukit Petaling, Jalan Maharajalela-Jalan Hang Tuah, Jalan Sultan-Jalan Pudu dan Jalan Tun Sambanthan-Jambatan Jalan Sultan Sulaiman.

Selain itu, Jalan Tun Perak-Leboh Ampang, Bulatan Dato Onn, Jalan Raja Laut-Jalan Sultan Ismail, Jalan
Sultan Ismail-Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail-Jalan
Raja Abdullah dan Jalan Raja Abdullah-Jalan Dang Wangi turut terbabit. Beliau berkata penutupan juga dilakukan di Jalan P.Ramlee-Jalan Ampang, Jalan Bukit Bintang-Jalan Imbi, Jalan Kia Peng-Jalan Raja Chulan dan Jalan P.Ramlee-Jalan Raja Chulan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi tanda jalan raya dan arahan pegawai polis yang sedang bertugas serta mendapatkan maklumat terkini berkenaan lalu lintas di kawasan yang terbabit.”Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai
Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau hotline Jabatan
Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur 03-20260267 atau balai polis berhampiran,” katanya
dalam kenyataan hari ini.

kreadit: Bernama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button