AgamaNasionalNegeri

Beri ruang institusi agama berperanan selayaknya-Pemangku Raja Perlis

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar institusi agama di negara ini akan sentiasa diberikan ruang selayaknya untuk melaksanakan peranan seperti yang telah diperuntukkan dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah, kuasa pengurusan hal ehwal Agama Islam yang diperuntukkan dalam jadual 9 sewajarnya mengangkat semangat yang dibawa dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan Agama Islam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyarankan agar sebarang isu yang tidak selaras dalam perkara-perkara berkaitan bidang kuasa atau pelaksanaan diselesaikan dengan mengambil kira prinsip asas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Titah Baginda lagi, usaha memartabatkan peranan institusi pengurusan hal ehwal Islam harus sentiasa menjadi agenda bersama yang perlu dipertahankan.

Demikian titah Pemangku Raja dalam kenyataan media oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berangkat menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada Seoul Central Mosque di Korea Selatan yang diterima oleh Imam merangkap Pengerusi Komuniti Shariah, Persekutuan Muslim Korea, A. Rahman Lee, Ju-Hwa baru-baru ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

A. Rahman adalah juga kenalan Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mereka adalah Duta Pelancongan Islam bagi negara Uzbekistan. – SM

BACA Masjid institusi penting bangunkan masyarakat – Pemangku Raja

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button