Nasional

Bergaduh dengan isteri, lelaki terjun jambatan

SEORANG lelaki bertindak nekad terjun ke dalam sungai selepas di percayai bergaduh dengan isterinya.

Lelaki berusia 34 tahun iu hilang selepas dipercayai terjun dari Jambatan Sungai Maong berhampiran Kampung Gita Lama, Kuching hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mereka menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.53 pagi dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi yang terletak 9 kilometer dari balai.

Menurut maklumat awal, lelaki berkenaan dipercayai bergaduh dengan isterinya sebelum keluar dari kenderaan lalu terjun dari jambatan berkenaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button