NasionalPolitik

Berdendam, Penakut & Sedar Prestasi Kepimpinan Buruk Punca 2 Orang Bersatu Keluar Parti!

Bersatu bahagian Labis menyifatkan tindakan keluar parti dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) adalah sia-sia sekali gus memalukan diri serta penyokong mereka.

Ketuanya, Ahmad Humaizi Uzir menegaskan, keputusan mereka ini sebenarnya tidak sesekali meninggalkan sebarang kesan terhadap Bersatu sama ada di peringkat negeri mahupun bahagian.

“Tindakan mereka keluar parti selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dilihat seperti bersifat politik dendam dan penakut.

“Berkemungkinan sudah mengetahui diri tidak dicalonkan atas kegagalan menunjukkan prestasi yang bagus
sebagai ADUN dan EXCO Kerajaan Johor,” katanya.

Ahmad Humaizi berkata berdemikian dalam satu kenyataan mengulas tindakan dua orang dari Bersatu meninggalkan parti tersebut selepas pembubaran DUN Johor dilaksanakan.

Dalam masa sama, Ahmad Humaizi berasa simpati ke atas nasib penyokong dan pendukung kedua-dua bekas ADUN dan EXCO yang pernah menikmati rasa senang menerusi Bersatu.

“Sebagai ahli parti, saya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib penyokong dan pendukung kedua-dua bekas ADUN dan EXCO Kerajaan Johor ini.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mencabar mereka bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya yakin pengundi akan mengundi mereka semula,” tegasnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button