Sukan

”Berat badan saya yang lebih berat berbanding dengan pelumba-pelumba yang lain”- Afif

PUSINGAN kelima Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix akan berlangsung hujung minggu ini
di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Selatan). Pelumba  Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta
Yamaha – CKJ Racing akan meningkatkan lagi prestasinya untuk mengatasi persaingan di kategori
CP150.

Kategori perlumbaan CP150 tidak lagi sama bagi Afif yang sudah lama beraksi, lebih-lebih lagi dengan
cabaran yang berterusan daripada rakan sepasukannya untuk dua musim berturut-turut. Namun
begitu, cabaran seperti inilah yang diperlukan untuk meningkatkan lagi daya saingan sesama sendiri
dan memperbaiki kekurangan diri supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif bukan sahaja
dengan rakan sepasukannya malah juga dengan pelumba-pelumba lain yang berkaliber dan
berpengalaman.

Setakat ini, pelumba dari Terengganu ini telah memaparkan persembahan yang konsisten di litar
teknikal mahupun litar kelajuan tinggi di samping rakan sepasukannya. Walaupun beliau gagal
mendapat tempat ketiga teratas di Tangkak, Afif berjaya mempertahankan kedudukannya apabila
beliau meraih kemenangan pertamanya di pusingan seterusnya yang telah berlangsung di Litar
Sepang. Beliau kini menduduki tempat kedua secara keseluruhan dengan jumlah sebanyak 71 mata,
hanya 9 mata kurang daripada rakan sepasukannya.

Menurut Afif, “Peraturan baharu ini agak mencabar kerana kuasa jentera saya telah turun banyak
dengan berat badan saya yang lebih berat berbanding dengan pelumba-pelumba yang lain. Ini adalah
cabaran yang sangat besar bagi saya dan sudah tentu, pelannya adalah untuk menurunkan berat
badan saya. Di setiap perlumbaan, saya banyak fikirkan jumlah mata keseluruhan dan saya sentiasa
cuba buat yang terbaik oleh itu, rakan sepasukan saya tidak memberikan saya sebarang cabaran. Saya
gembira dengan pencapaian rakan sepasukan saya yang buat masa kini mengambil posisi pertama di
carta keseluruhan.”

“Dari segi jentera, tiada perubahan dan sama seperti musim lepas. Hanya penambahan bahagian-
bahagian baharu yang serasi dengan peraturan 2024. Walaupun pelumba-pelumba lain seperti Azroydan Kasma agak bagus di setiap perlumbaan, tetapi pada pendapat saya, mungkin mereka masih
mencari “setup” jentera yang lebih baik.

”Bagi saya, kelebihan adalah rakan sepasukan saya yang mempunyai kedudukan yang kuat maka kami bolehlah berkongsi sesama sendiri dari segi mata keseluruhan bagi pasukan. Untuk pusingan yang akan datang, kita tahu litar Sepang adalah litar yang besar dan litar “high-speed” dan saya memang sukakan “high-speed turn”. Tiada kelebihan ataupun kekurangan di litar ini dan saya rasa semua pelumba akan memberikan saingan yang sengit sampailah ke pusingan terakhir. Persediaan saya seperti biasa dan matlamat saya untuk musim ini adalah untuk
memberikan yang terbaik”. Katanya dalam satu kenyataan.

Artikle Berkaitan :>

Pelumba negara motor, Md Izzat Zaidi kemalangan, isteri mohon doa

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button